Monday, 19 December 2011

8).TUGASAN TERAKHIR UPSI

'KAJIAN TINDAKAN', SYARAT UNTUK BERGRADUAT.

          Bagi melengkapkan dan melayakan peserta PPGB bergraduat, mereka dikehendaki menyempurnakan satu "KAJIAN TINDAKAN" terhadap sekolah yang dipilih. Tajuk yang hendak dikaji adalah berdasarkan kajian yang dibuat keatas sekolah terbabit.

CITA-CITA PESERTA PPGB, UNTUK BERGELAR GRADUAN

Panjang kajian tindakan adalah lebih kurang seratus dua puluh mukasurat penulisan(ilmiah). Ianya mesti disertakan dengan lampiran, menggunakan format penulisan "APA", dan beberapa syarat lain.

 Peruntukan kewangan projek yang dibuat hendaklah di usahakan secara individu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk melihat contoh penulisan tersebut sila klik "link" di bawah...

link://

atau...
https://docs.google.com/document/d/1-NCgdcBWk0jVTeaZVZuQU2X5wNhQyBrr0VajesKKkCc/edit

7).PENGISIAN PROGRAM DI UPSI

PENGLIBATAN DALAM SEMINAR ANTARABANGSA

           Selain dari kursus-kursus wajib yang mesti diambil, program ini juga sangat aktif dalam menggalakkan pelajarnya terlibat dengan aktiviti di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Di dalam program PPGB (IAB-UPSI) ini ianya menggalakkan para mahasiswa dan siswi agar terlibat dengan seminar-seminar di peringkat antarabangsa. Diantaranya adalah Program Kemanusiaan di Kemboja. Di dalam program ini, UPSI berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak sekolah di sana.

Program Khidmat Masyarakat juga sentiasa diberikan penekanan. Banyak program khidmat masyarakat yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkursus di UPSI. Salah satunya adalah program di Lenggong Perak. Setiap pelajar diberikan keluarga angkat masing-masing.

Antara seminar yang melibatkan pelajar-pelajar PPGB adalah International Management Education Conference (iMEC 2010) di Mahkota Hotel Melaka.







Saturday, 17 December 2011

6).Pengisian Program IAB-UPSI

Matlamat Siswa Siswi PPGB


Untuk mendapatkan segulung Ijazah Pengurusan Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, setiap peserta dikehendaki menamatkan program NPQEL di IAB dengan jayanya selama satu tahun. Selepas itu peserta akan ditawarkan dengan program pengijazahan di UPSI Tanjung Malim selama dua tahun pula.

Di antara kekuatan program ini adalah ianya menekankan kepada konsep-konsep dan teori-teori pengurusan terkini. Di UPSI, program ini dikenali dengan nama Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB).

Salah satu subjek yang sangat menarik adalah mendalami kecanggihan sistem IT terkini. Ianya dikenali dengan nama "KRT 3013".


CARA-CARA MEMBUAT BLOG.

Dalam subjek ini siswa siswi akan diajar bagaimana untuk mencipta laman  "BLOG" untuk tujuan menyebarluaskan lagi maklumat pendidikan kepada murid-murid. Teknologi IT sangat berkesan jika guru-guru dapat memanfaatkan IT sepenuhnya.


Laman web untuk membina "BLOG"


Kita sebagai guru-guru alaf baru, sewajarnya tidak melihat sahaja "Teknologi" ini digunakan oleh orang lain, kita juga mesti mengambil bahagian yang aktif mempelopori dan memanfaatkannya.

Di bawah ini di sertakan laman URL untuk membuat BLOG sendiri.

Untuk membuat laman BLOG sendiri sila klik SINI














5).Laman Utama Institut Aminuddin Baki Genting Highlands

      Istitut Aminuddin Baki Genting Highlands                                                                              

Menara IAB
Untuk mendapatkan segala maklumat lengkap dan terkini berkaitan program-program IAB sila klik SINI.

4).INSTITUT AMINUDDIN BAKI SRI LAYANG GENTING HIGHLANDS

        Kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan Institut Aminuddin Baki Sri Layang Genting Highlands.

Bangunan Menara Pentadbiran Utama IAB


Bilik peserta kursus.


Televisyen dan meja belajar disediakan.


Katil bertaraf Sri Malaysia


Kemudahan sinki di dalam bilik.



Tempat tidur yang selesa.



Bilik mandi dan tandas di setiap bilik tidur.



Tempat solat berjemaah yang sangat hampir.



Bilik kuliah Smart Board



Dewan Utama



Asrama Penginapan dan Dewan Makan dilihat dari luar



Asrama Penginapan peserta.


Tangga "Sihat". Lebih daripada seratus anak tangga.



Pemandangan di waktu siang.



Pemandangan ketika "Kabus".



Gambar malam yang "SEJUK".


Persekitarannya sangat menyegarkan dan mendamaikan para peserta kursus. Jauh dari kesibukan kota dan kebisingan. Suhu yang sentiasa nyaman dan sejuk sangat sesuai untuk istirehat. Tidak keterlaluan jika dikatakan, IAB adalah pusat pendidikan yang dikelilingi persekitaran yang bercirikan pusat perlancongan yang lengkap.

Posted/Foto:M.Rizzal Sharkawi

3).SEJARAH PROGRAM PENGURUSAN PENDIDIKAN (UPSI)

Genting Highlands pada waktu malam.

GENTING HIGHLANDS biasanya hanya dikenali umum sebagai pusat hiburan bertaraf dunia. Umum jarang menyedari bahawa di Genting Highland ini terdapat sebuah Institut yang berperanan sebagai sebuah Pusat Ilmu untuk para guru. 

Institut Aminuddin Baki(IAB) adalah sebuah entiti milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang berperanan sebagai wadah untuk mengukuhkan dan memperkasakan sitem pendidikan di Malaysia. Lebih malang lagi, apabila para guru sendiri kurang mengenali fungsi sebenar  IAB.

Antara usaha besar IAB ialah usaha untuk melahirkan seramai mungkin guru-guru yang menguasai ilmu-ilmu terkini untuk traformasi pendidikan. Salah satu program yang sangat terkenal adalah program "National Profesional Qualification of  Eduacations (NPQEL)" selama satu tahun.

Program ini menawarkan kursus selama enam bulan di IAB dan enam bulan di sekolah untuk melaksanakan program-program "Sandaran". Tajuk program hendaklah dipilih sendiri oleh guru-guru berdasarkan "Perancangan Strategik" yang dijalankan.

Institut Aminuddin Baki Sri Layang Genting Highlands

Program sandaran ini mewajibkan guru-guru untuk menyiapkan satu "Kajian Tindakan" berkaitan dengan "Pengurusan" dalam pentadbiran sekolah. Setelah mengesan kelemahan yang terdapat di sekolah tersebut, guru dikehendaki melaksanakan penambahbaikan terutama dalam pelaksanaan pengurusannya. Kaedah ini melatih guru untuk menjadi "Pengurus" yang berkesan.

Pelancaran Program Sandaran NPQEL


Ucapan Perasmian Program Sandaran NPQEL IAB

Setelah semua program dilaksanakan dengan sempurna, maka peserta akan dianugerahkan Diploma dan Sijil Pengurusan NPQEL.
Majlis Penyampaian Sijil

Setelah itu peserta boleh menyambung pengajian ke peringkat "Degree" atau "Masters" di UPSI atau UM.

Posted by: M. Rizzal Sharkawi 



Tuesday, 15 November 2011

2).Pentingnya Variasi Ilmu Dalam Pengurusan Pendidikan

Palace of Justice Putrajaya

       "Mahkhamah adalah satu patah perkataan yang kurang sinonim dengan bidang pendidikan terutamanya di peringkat sekolah. Mahkhamah lazimnya dibayangkan sebagai tempat atau lokasi di mana perkara-perkara yang berkaitan hakim, peguam, orang yang dituduh bersalah dan proses perundangan berlangsung.

Manakala, bila di sebut "guru" tempatnya bukan di mahkhamah. Guru selayaknya di sekolah, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada murid-murid.  Namun, segala-galanya kini sudah semakin berubah. Proses tranformasi sedang pesat berlaku. Guru yang dulunya hanya memikirkan tentang sekolah, kini terpaksa memahami juzuk-juzuk ilmu perundangan yang berkaitan dengan muri-murid dan sekolah.

Hari ini menyaksikan bahawa sudah terlalu banyak urusan atau kejadian di sekolah berakhir di Mahkhamah. Ianya membabitkan samada kecuaian guru atau kecuaian pendidikan.

Kecuaian guru lebih bersifat fizikal manakala kecuaian pendidikan pula adalah lebih menjurus kepada kelemahan dalam merencana dan melaksana kurikulum itu sendiri.


Aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga untuk mengambil tindakan yang munasabah bagi memelihara keselamatan pelajar di bawah pengawasan mereka.

Kewajipan ini melibatkan semua pelajar tanpa mengira di mana pelajar itu berada, misalnya di padang permainan, bilik guru, perpustakaan, tapak perhimpunan ataupun dalam aktiviti di luar kawasan sekolah. Guru sering terdedah kepada ancaman dakwaan terutamanya apabila pelajar mengalami kecederaan dalam kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti sekolah.

Guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu keadaan. Biasanya ganti rugi dibayar kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

Kecuaian guru biasanya dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Kecuaian guru hanya akan dapat dibuktikan di mahkamah sekiranya empat elemen penting boleh dibuktikan oleh pihak pendakwa. Empat elemen penting itu ialah


(1)wujud elemen kewajipan berjaga-jaga; (
(2)kewajipan itu dilanggar;
(3)akibat pelanggaran kewajipan tersebut; 
(4)terdapat hubungan rapat antara tingkah laku  defenden dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif.

Pihak pentadbir dan guru sekolah memegang tanggungjawab sebagai ‘ibu bapa yang baik dan munasabah’. Istilah ‘in locco parentis’ digunakan untuk menghuraikan peranan dan tanggungjawab tersebut.

Mereka dikehendaki mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaan dan kawalan mereka. Oleh itu, guru berkewajipan menyediakan penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar ketika mereka berada di sekolah dan ketika menjalani aktiviti di luar sekolah seperti aktiviti perkhemahan, lawatan, kem motivasi dan perkelahan.

Tahap kewajipan berjaga-jaga ditentukan oleh beberapa faktor seperti umur, pengalaman dan tingkah laku lepas pelajar.

Tahap kewajipan berjaga-jaga adalah tinggi apabila pelajar keluar dari persekitaran sekolah yang selamat ke persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai risiko.

Kecuaian hanya akan dijadikan isu utama oleh ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan saman terhadap guru dan pihak sekolah.

Dalam kes saman menyaman, biasanya guru akan dijadikan sebagai defendan utama dalam kes yang dibawa oleh ibu bapa plaintif, pengetua atau Guru Besar sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Keadaan ini memerlukan semua pihak yang berada di dalam sesebuah sekolah terutamanya pengurus sekolah peka dengan peraturan-peraturan, akta dan pekeliling-pekeliling dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan perlindungan.

MALANG TIDAK BERBAU

ISU-ISU PERUNDANGAN
YANG ASAS DAN UMUM TETAPI RELEVAN
Utusan Malaysia, 16 September 2006 12 Pelajar Cedera Dihempap Konkrit.
SUNGAI SIPUT 15 Sept. – Seramai 12 pelajar cedera, tiga daripadanya parah apabila dihempap tembok konkrit penghadang tanah sepanjang 10 meter yang runtuh. Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menyertai sukaneka di sebuah padang permainan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan.

Dalam kejadian , kesemua murid berkenaan dikejarkan ke Hospital dan tiga daripada yang cedera parah iaitu Bawani Krishnan, M. Naduvany dan N. Steven, 12, dimasukkan ke wad hospital berkenaan. Mereka yang cedera parah, kebanyakannya patah di bahagian kaki setelah tersepit akibat dihempap tembok konkrit.

Sementara itu seorang saksi, M. Periyanan, 56, berkata, semasa kejadian, beliau melihat beberapa murid yang berusia antara 11 dan 12 tahun menangis kesakitan setelah kaki mereka tersepit di celah-celah konkrit berkenaan.

Periyanan yang juga tukang kebun di sekolah itu berkata, beliau kemudiannya meminta pertolongan daripada beberapa orang guru untuk menarik murid-murid berkenaan. ‘‘Saya terpaksa menggunakan batang besi dan peralatan lain untuk memecahkan konkrit

Rumusan.
Seseorang individu mesti mengambil langkah yang munasabah untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan yang diramalkan secara munasabah, boleh mencederakan jirannya.

Prinsip ini dikenali sebagai ‘prinsip jiran’. Konsep ini merujuk kepada orang lain di mana sesuatu perbuatan itu akan mempengaruhi mereka. Oleh itu, seseorang individu mesti berfikir dan bertindak secara munasabah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

Tanggungjawab perundangan pengetua dan guru dikaitkan dengan kewajipan berjaga-jaga. Langkah-langkah munasabah mesti diambil untuk melindungi pelajar daripada bahaya yang dapat diramalkan.

i. kesedaran berilmu pengetua dan guru mengenai peranan "In Locco Parentis"

ii.langkah-langkah pencegahan yang munasabah;

iii.bertindak pada tahap yang lebih cermat melebihi tahap seorang ibu bapa.

iv.sentiasa mengingatkan bahawa tahap berjaga-jaga yang diperlukan lebih tinggi bagi pelajar yang berusia muda;

v.menyediakan tahap penjagaan yang lebih tinggi apabila sesuatu situasi itu lebih berbahaya; dan

vi.mengambil kira pengalaman lepas diri sendiri ketika menilai tahap berjaga-jaga yang dikehendaki.

Tingkah laku dan kebolehpercayaan pelajar yang lepas adalah signifikan. Kesimpulannya guru-guru dikehendaki mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaan dan kawalan mereka. Istilah ‘in loco parentis’ digunakan untuk menghuraikan peranan dan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, guru tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab ini.

Sumber: Laily

Tuesday, 27 September 2011

1).UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM

 Untuk melawat UPSI sila klik di sini.


         Pintu Gerbang Kampus Baru Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mula dibuka untuk percubaan pada bulan Ramadhan 2011.  Bertempat di Masjid Kampus baru UPSI, telah diadakan majlis berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khalid Bin Nordin.

Pintu gerbang UPSI kampus baru. Model (Rizzal)



Majlis berbuka puasa pada malam tersebut telah dihadiri oleh hampir dua ribu orang mahasiswa dan mahasiswi.









Video Korporat UPSI muat turun oleh Rizzal


Video korporat ini menerangkan secara ringkas tentang latar belakang dan perjalanan sebuah Universiti yang bersejarah di bumi Tanjung Malim.

M.Rizzal Sharkawi