Tuesday, 15 November 2011

2).Pentingnya Variasi Ilmu Dalam Pengurusan Pendidikan

Palace of Justice Putrajaya

       "Mahkhamah adalah satu patah perkataan yang kurang sinonim dengan bidang pendidikan terutamanya di peringkat sekolah. Mahkhamah lazimnya dibayangkan sebagai tempat atau lokasi di mana perkara-perkara yang berkaitan hakim, peguam, orang yang dituduh bersalah dan proses perundangan berlangsung.

Manakala, bila di sebut "guru" tempatnya bukan di mahkhamah. Guru selayaknya di sekolah, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada murid-murid.  Namun, segala-galanya kini sudah semakin berubah. Proses tranformasi sedang pesat berlaku. Guru yang dulunya hanya memikirkan tentang sekolah, kini terpaksa memahami juzuk-juzuk ilmu perundangan yang berkaitan dengan muri-murid dan sekolah.

Hari ini menyaksikan bahawa sudah terlalu banyak urusan atau kejadian di sekolah berakhir di Mahkhamah. Ianya membabitkan samada kecuaian guru atau kecuaian pendidikan.

Kecuaian guru lebih bersifat fizikal manakala kecuaian pendidikan pula adalah lebih menjurus kepada kelemahan dalam merencana dan melaksana kurikulum itu sendiri.


Aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga untuk mengambil tindakan yang munasabah bagi memelihara keselamatan pelajar di bawah pengawasan mereka.

Kewajipan ini melibatkan semua pelajar tanpa mengira di mana pelajar itu berada, misalnya di padang permainan, bilik guru, perpustakaan, tapak perhimpunan ataupun dalam aktiviti di luar kawasan sekolah. Guru sering terdedah kepada ancaman dakwaan terutamanya apabila pelajar mengalami kecederaan dalam kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti sekolah.

Guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu keadaan. Biasanya ganti rugi dibayar kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

Kecuaian guru biasanya dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Kecuaian guru hanya akan dapat dibuktikan di mahkamah sekiranya empat elemen penting boleh dibuktikan oleh pihak pendakwa. Empat elemen penting itu ialah


(1)wujud elemen kewajipan berjaga-jaga; (
(2)kewajipan itu dilanggar;
(3)akibat pelanggaran kewajipan tersebut; 
(4)terdapat hubungan rapat antara tingkah laku  defenden dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif.

Pihak pentadbir dan guru sekolah memegang tanggungjawab sebagai ‘ibu bapa yang baik dan munasabah’. Istilah ‘in locco parentis’ digunakan untuk menghuraikan peranan dan tanggungjawab tersebut.

Mereka dikehendaki mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaan dan kawalan mereka. Oleh itu, guru berkewajipan menyediakan penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar ketika mereka berada di sekolah dan ketika menjalani aktiviti di luar sekolah seperti aktiviti perkhemahan, lawatan, kem motivasi dan perkelahan.

Tahap kewajipan berjaga-jaga ditentukan oleh beberapa faktor seperti umur, pengalaman dan tingkah laku lepas pelajar.

Tahap kewajipan berjaga-jaga adalah tinggi apabila pelajar keluar dari persekitaran sekolah yang selamat ke persekitaran luar yang terdedah dengan pelbagai risiko.

Kecuaian hanya akan dijadikan isu utama oleh ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan saman terhadap guru dan pihak sekolah.

Dalam kes saman menyaman, biasanya guru akan dijadikan sebagai defendan utama dalam kes yang dibawa oleh ibu bapa plaintif, pengetua atau Guru Besar sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Keadaan ini memerlukan semua pihak yang berada di dalam sesebuah sekolah terutamanya pengurus sekolah peka dengan peraturan-peraturan, akta dan pekeliling-pekeliling dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan perlindungan.

MALANG TIDAK BERBAU

ISU-ISU PERUNDANGAN
YANG ASAS DAN UMUM TETAPI RELEVAN
Utusan Malaysia, 16 September 2006 12 Pelajar Cedera Dihempap Konkrit.
SUNGAI SIPUT 15 Sept. – Seramai 12 pelajar cedera, tiga daripadanya parah apabila dihempap tembok konkrit penghadang tanah sepanjang 10 meter yang runtuh. Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menyertai sukaneka di sebuah padang permainan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan.

Dalam kejadian , kesemua murid berkenaan dikejarkan ke Hospital dan tiga daripada yang cedera parah iaitu Bawani Krishnan, M. Naduvany dan N. Steven, 12, dimasukkan ke wad hospital berkenaan. Mereka yang cedera parah, kebanyakannya patah di bahagian kaki setelah tersepit akibat dihempap tembok konkrit.

Sementara itu seorang saksi, M. Periyanan, 56, berkata, semasa kejadian, beliau melihat beberapa murid yang berusia antara 11 dan 12 tahun menangis kesakitan setelah kaki mereka tersepit di celah-celah konkrit berkenaan.

Periyanan yang juga tukang kebun di sekolah itu berkata, beliau kemudiannya meminta pertolongan daripada beberapa orang guru untuk menarik murid-murid berkenaan. ‘‘Saya terpaksa menggunakan batang besi dan peralatan lain untuk memecahkan konkrit

Rumusan.
Seseorang individu mesti mengambil langkah yang munasabah untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan yang diramalkan secara munasabah, boleh mencederakan jirannya.

Prinsip ini dikenali sebagai ‘prinsip jiran’. Konsep ini merujuk kepada orang lain di mana sesuatu perbuatan itu akan mempengaruhi mereka. Oleh itu, seseorang individu mesti berfikir dan bertindak secara munasabah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

Tanggungjawab perundangan pengetua dan guru dikaitkan dengan kewajipan berjaga-jaga. Langkah-langkah munasabah mesti diambil untuk melindungi pelajar daripada bahaya yang dapat diramalkan.

i. kesedaran berilmu pengetua dan guru mengenai peranan "In Locco Parentis"

ii.langkah-langkah pencegahan yang munasabah;

iii.bertindak pada tahap yang lebih cermat melebihi tahap seorang ibu bapa.

iv.sentiasa mengingatkan bahawa tahap berjaga-jaga yang diperlukan lebih tinggi bagi pelajar yang berusia muda;

v.menyediakan tahap penjagaan yang lebih tinggi apabila sesuatu situasi itu lebih berbahaya; dan

vi.mengambil kira pengalaman lepas diri sendiri ketika menilai tahap berjaga-jaga yang dikehendaki.

Tingkah laku dan kebolehpercayaan pelajar yang lepas adalah signifikan. Kesimpulannya guru-guru dikehendaki mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaan dan kawalan mereka. Istilah ‘in loco parentis’ digunakan untuk menghuraikan peranan dan tanggungjawab tersebut. Oleh itu, guru tidak boleh mengelak daripada memikul tanggungjawab ini.

Sumber: Laily